aku telah mncuba

Aku telah mencuba sebaiknya
Mencintaimu seikhlasnya
Menyayangimu sepenuhnya
Menerima siapa pun kamu adanya

Namun bila kini
Perpisahan jua terjadi
Segalanya terhenti di sini
Aku lelah sendiri
Mujur saja
Aku ini sudah sering terluka
Lara hati ini sudah biasa
Kulapangkan dada saja terima

Perit memang perit
Dadaku bagai terhimpit
Rongga nafas bagai tersepit
Sakit . . . .

Ku pujuk diri
Jangan sampai ada benci
Relakan saja dia pergi
Kerana itu mahunya sendiri

Keliru hati
Apa benar aku harus pergi
Setelah sekian lama begini
Bertahan demi cinta ini
Tiada lagikah kekuatan hati
Untuk bertahan cuma sekali lagi
Aku percaya
Berpisah kita 
Bukan kerana tiada lagi cinta

maaf sebab ianya x seberapa pun